Pages

Sunday, October 28, 2012

Lari Dari Lidah


Jumaat, 12.35 tengah hari.

Kelas Histology.

“Ok, who’s ready for the MCQ’s?” soal wanita separuh abad itu. Kelas sunyi sepi tanpa sebarang jawapan. Dahinya mula berkerut, sebagai tanda permulaan kepada protesnya; mungkin.

“Well then, I’ll give 2 to all of you.” Mudah. Melopong mulut semua pelajar di bangku masing-masing. Ada yang menggaru kepala meski tak gatal. Ada yang meniru aksi guru mereka sebentar tadi; mengerut dahi.
Seperti bunyi derapan kaki kuda berlari para pelajar bergerak ke bilik komputer untuk menjawab MCQ gara-gara takut akan ugutan guru mereka.

***

“Teacher, I’m finish. I got 4.” Gigi rapatnya mengukir senyum. “It doesn’t matter anymore, I still give you 2.” Nada gurunya tenang, bukan gurauan. “Because I’ve ask you so many times to do the MCQ just now & why you don’t come? We don’t have much time.” Sambung leterannya. “Just now we need a couple of minutes to prepare ourselves.” Dia mula menjadi perhatian rakan sekelasnya yang lain ekoran sesi bertikam lidah dengan gurunya. “You can go now.” Bait terakhir dari gurunya.

Dia keluar menuju ke kelasnya. Seketika sampai di pintu kelas, “Arghhhh!!! Cikgu tu @#$%!&*.” Pintu kelas ditumbuknya kuat. Marah betul dia dengan insiden sebentar tadi. Usahanya dipandang enteng. Sekejap saja duduk, dia keluar semula dari kelas cuma kali ini ditangannya bersama buku markah. “Teacher, please.” Rayunya separuh sedih, tapi hatinya penuh dengan sumpah seranah.

“Give me your book, I’ll give 4.” Akhirnya gurunya mengalah. Waktu seakan-akan berhenti, perkataan keji yang telah keluar dari mulutnya punca dia berfikir sejenak. Bersalah, berdosa, terkilan & macam-macam lagi perasaan memijak kotak hatinya. Teringatnya akan hadis;

“Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”   (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Orang yang kuat bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada marah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dia tidak menahan ghadlab(marah), lalu keluar perkataan keji dari mulutnya.

***

“Istighfar akhi.” Pesan murabbinya.

“Marah merupakan fitrah diberikan Allah kepada setiap manusia. Setiap orang mesti pernah marah. Tapi, Islam memerintahkan supaya umatnya menahan marah.”

“Saya faham. Saya gagal sebab tak jaga lisan saya.” Air matanya mengakhiri baris ayat.

Katakanlah (wahai Muhammad): “wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Az-Zumar:53)

“Manusia itu memang sentiasa buat silap, bila tersilap kembalilah kepada Allah. Tiada jalan lain. Jangan putus asa dari rahmat Allah, Dia kan Maha Pengampun.” Murabbinya menyuntik kembali semangatnya.

“Cuma nak dengan tak nak mintak ampun je.” Usik murabbinya lagi. Alhamdulillah, dia masih lagi diberi peluang oleh Allah walau telah gagal berkali-kali dalam ujianNya.    

2 comments:

  1. Ok, tahu sudah cerita penuhnya.
    n me akan ambil ibrahnya. ^_^

    ReplyDelete
  2. yea, insyaAllah sama-sama mengambil iktibar
    perbaiki kelemahan diri..

    ReplyDelete