Pages

Monday, November 26, 2012

Maafkan aku, Gaza..


2050 malam:

Jasad aku masih bermastautin disurau selepas Isyak. Kata bilal tadi, ada tazkirah special. Betul, memang istimewa kerana tajuknya ‘My Name Is Gaza’.  Selama 50 minit muwajih jemputan berhempas pulas menerangkan perihal rakyat Gaza yang ditindas oleh rejim Israel. Tua, muda, pak cik, mak cik & aku masing-masing menunjukkan muka merah padam, geram pada bangsa pemikul dosa.

Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!

Laungan takbir terlontar ke langit, menyambut penutup ceramah. Sana sini orang bercakap tentang Gaza & Israel. Cerita yang menarik perhatian mereka.

Selesai menyapu di sekitar surau, aku mengayuh basikal atuk menuju ke warung demi mencari sesuap nasi. Aku lihat wajah-wajah yang sama menghiasi surau sebentar tadi, cuma kali ini riak wajahnya berubah. Kalau tadi merah padam sekarang merah kelam, terkambus dengan asap Dunhill, gelak tawa & apa entah lagi.

Terkebil-kebil aku mencari semangat tadi yang hilang.

1040 pagi:

Waktu rehat sudah habis. Masa untuk subjek seterusnya, Psychology in Business. Puan Aisyah masuk dengan membawa tin biskut dilabel ‘Derma Untuk GAZA’. Dia menghampiri setiap student untuk mengutip wang. Jari tangan pun sudah cukup, untuk membilang si pemberi. Walhal, banyak kaki pembeli melangkah ke kilang membuat peluru Israel, McDonald’s waktu rehat tadi.

Mengigau ke aku di siang hari?!

1723 petang:

Keluarga cousinku datang melawat kami sekeluarga. Umar, nama sepupuku. Persis Saidina Umar Al-Khattab namanya, pemisah di antara haq & batil. Kami sebaya, selalu bersama suatu ketika dahulu. Namun zaman berubah, benda semalam tak sama dengan hari ini. Satu dekat berubah pun tak janggal.

‘Eh Adam, kau tahu tak ada artis dari Korea nak datang Malaysia buat concert?’ ternyata perihal dahulu tak sama dengan harini. Aku menggeleng kepala. Serius aku tak tahu.

Aku juga mahu ajukan soalan, mungkin boleh mengubah skop perbualan. ‘Umar, tahu tak berapa jumlah rakyat di Gaza tu yang terkorban?’

Jawabnya ringkas. ‘Tak tahu. Nak search kat mana information tu?’ Bingkas dia bangun meninggalkan aku di bilik.

Hmmm, apa maksud dunia dihujung jari?!

0030 tengah malam:

Mata aku memandang dinding bilik, namun pandangan hati tembus melaluinya.

‘Menentang? Apa yang nak ditentang?’ Entah suara siapa yang mencelus.

‘Ya, kita tentang. Makhluk yang kita tentang kini bukan sekadar ular,musang & kera. Bukan! Yang kita hadapi kini lebih rakus, lebih haloba daripada haiwan itu! Egois zionis!’

‘Apa yang boleh kita buat?Apa yang kita tahu?’ Berdesing-desing suara itu.

‘Dalam setiap doa, sertakan mereka!
 Boikot produk Israel!
 Infaq kepada mereka!
 Ambil tahu perkembangan saudara kita!
 Perbaiki diri kita menjadi fardhu muslim! Itu apa yang kita boleh buat.’

Betul kata bisikan itu. Tanah dipijak memang tak sama, namun perjuangan tetap sama.
Kalimah syahadah perlu diperjuangkan.

Dimana bumi dipijak, disitu Islam ditegak.

 “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.”   (Hadis Nabi SAW)





   

No comments:

Post a Comment