Pages

Saturday, March 30, 2013

Yang Ariff (Bhg.1)


Demam: Juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan.

*****

Ahad. 12 Julai 2009. MRSM Transkrian.

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and need somewhere to begin

Sayup-sayup aku dengar lagu Somewhere Only We Know oleh Keane dinyanyikan Ariff dari luar koridor asrama. Aku tersenyum sendiri. Aktiviti yang selalu kami buat bersama, menyanyi. Biar suara tak sedap, biar suara macam burung gagak, janji puas. Kami sepakat begitu.

‘You know Im, sometimes singing was one of the ways to release your stress. So, let’s sing a song..’

Aku lebih selesa dipanggil Im berbanding nama penuh Himmatul. Metod yang disarankan olehnya kadang-kadang agak berkesan. Ye la, siapa yang tak suka bernyanyi. Lagi-lagi kalau lagu favourite ditambah pula keadaan tidak berpihak pada kita.

‘Assalamu’alaikum..’ Aku ketuk pintu bilik Ariff.

 ‘Wa’alaikumussalam Im. Please, come in..’

Nyanyiannya terhenti.

Pandangannya di fokuskan kepada aku. Aku mengorak langkah perlahan-lahan.

Mata  aku berbinar-binar sejak dari tadi. Tangan aku berpaut pada tombol pintu bilik. Langkah aku tak stabil. Badan aku macam mahu mengambil alih tempat matahari, panas. Modus operandi aku ke bilik Ariff; cari Panadol. Sebijik pun jadi la.

Sebenarnya bilik aku dan bilik Ariff agak jauh. Terpisah di antara dua blok asrama. Sewaktu hari pertama pendaftaran, puas aku pujuk warden sekolah supaya tempatkan aku sebilik dengan dia. Namun tak ada jodoh.

‘Jauhnya kau berjalan, sampai blok sebelah nak cari ubat. Mintak kat junior bilik sebelah dah la.’  Soalan dari roommate aku.

Pelik kan! Aku sendiri mengaku. Tapi, aku rasional. Bukan ubat berbentuk tablet mahupun cecair yang aku cari actually. Aku cari ubat dari riak senyum dan sebaris ayat Ariff. Kerana senyumannya menjadi sedekah kesihatan lalu ayatnya merupakan suatu do’a kesembuhan.

Klise.

Orang yang kata. Klise.

Aku sanggup menapak. Aku nak jugak.

Aku tak sempat cakap hajat aku datang. Aku rebah di kaki katil Ariff. Betul kata ummi, kadang-kadang kita tak payah cakap pun orang akan faham bahasa tubuh kita. Rasanya dia dah faham kenapa aku datang.

Kan?



Bersambung..insyaAllah!

Saturday, March 16, 2013

Perasaan


Bukan salji seperti yang aku impikan, sebaliknya hujan renyai membasahi waktu subuh di Moscow. Jangkaan aku tentang bersambungnya musim sejuk ternyata meleset sama sekali. Usai langit menangis, cahaya matahari mula merekah dibalik awan-gemawan. Cantik cahaya tuhan itu bila dilihat dari tanah rendah, umpama batang-batang cahaya yang panjang mencengkam kukuh pelusuk bumi. Aku sering berfikir bahawa matahari itu sangat hebat. Mungkin kerana kuasanya yang mampu memberi sinar harapan kepada segenap alam. Tidak akan padam sampai kiamat.

Aku melipat sejadah usang pemberian nenek. Aku masih ingat, sejadah itu nenek hadiahkan kepadaku sewaktu di KLIA. Pesan nenek, ‘Seorang anak Adam itu walau dimana dia melangkah, dia perlu sentiasa sujud pada Sang Pencipta.’ Waktu itu, aku hanya mengangguk laju. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itu hanyalah ucapan untuk melepaskan rindu seorang nenek kepada cucu kesayangannya, fikirku dahulu.

Aku kembali mengambil tempat di meja studi. Aku tenung buku-buku yang ada di atasnya. Stress out. Why in the first place, I choose to study medic? And now I noticed we’re not on the same pages at all. Aku selalu begitu. Bermonolog sendirian. Mahu mengadu tapi to whom? 

Aku tinggalkan sekejap meja studi. Perut mula memainkan lagu pilihannya, irama ala-ala tahun 90-an. Macam radio. Aku beransur gerak ke peti sejuk. Empat keping roti telur cukup sebagai alas perut aku rasa. Bila buka peti sejuk, alangkah hampa perasaan seorang hamba. Tinggal susu kotak jer. Itu pun rasanya sudah tamat tarikh luput. Aku lapar. Lapar sangat. This is a bad sign to me. From the start, it’s really bad. Sekali lagi, fikiran aku negatif. Akhirnya, aku hanya meneguk air kosong lalu mengorak langkah ke katil. Aku nak tidur. Perhaps, I can forget about these hungry things. Aku capai iPod, biar lagu-lagu mengiringi aku ke alam mimpi.

*****

Kring! Kring! Kring!

Pukul dua petang. Aku mahu tunaikan janji aku pada tuhan. Zohor. Selesai memberi salam, aku terfikir untuk makan tengah hari diluar. Aku mengenakan trench coat jenama ZARA yang aku beli tahun lepas memandangkan suhu diluar tidak terlalu sejuk. Sambil berlari-lari anak, aku tersenyum sendiri. Mahunya tak senyum, aku sudah berkira-kira di dalam hati mahu order makanan sebanyak mampu. Berjalan ke Halal Cafe hanya mengambil masa 20 minit. Aku berdiri agak lama di pintu masuk, melihat secara overview meja yang paling sesuai untuk menikmati resepi bumi sejuk beku ini. Akhirnya, aku pilih untuk berada di penjuru kafe. Lebih selesa bersendirian, tanpa ada mata memandang. Maklumlah, orang asing.

‘Give me one large chicken pizza, one special shawarma & an orange juice, please.’  Aku betul-betul lapar.

Beberapa minit kemudian, pelayan yang sama datang kepadaku.

‘Sir, we’re so sorry. It seems we’ve only a shawarma left. Is it okay for you?’  soal pelayan itu dengan gagap.

Terkilan. Kalau ikutkan hati ketika itu, aku mahu memberontak. Biar nampak persis pengganas. Sudah jatuh, ditimpa pula tangga. Namun, aku berlagak matang.

‘It’s okay, just give me the shawarna. But, do wrap it because I want to eat it while walking home.’

Aku keluar dari kafe bersama bungkusan makanan. Oleh kerana terlalu lapar, aku mengambil keputusan untuk makan sambil berjalan menuju ke hostel. Walaupun plan aku kurang menjadi, at least I got something to be eaten. Entah macam mana, aku tersadung dengan sisa bongkahan salji yang mengeras. Tersungkur. Rebah. Macam nangka busuk. Habis berselerak makanan aku atas jalan. Mata aku berkaca. Aku menangis serta merta. Aku menyapu kedua belah tangan, lalu mengambil tempat duduk di kerusi berdekatan.

‘Today, was the worst day ever in my life..’ Kali ini, aku bersuara. Tak mampu lagi untuk simpan dalam hati.

there are things,
that we don’t want to happen,
but we have to accept,

things we don’t want to know,
but have to learn,

and people we can’t live without,
but have to let go,

because it’s in our destiny..

Tidak semena-mena ada seorang pak cik datang menyanyikan lagu di depan aku. Diulangnya rangkap itu berkali-kali. Mungkin dia seorang buskers. Aku menghulurkan not lima puluh Rubles. Namun dia menolak, dia hanya menggelengkan kepala sebagai tanda reject. Seketika, dia berhenti menyanyi dan mengambil tempat disebelahku. Dia merebahkan kepalanya ke kerusi.

‘You know, I am homeless because my family didn’t want me anymore. They said that I always gave them a bad luck in their life. So, they threw me out of the house. Plus, I’m also jobless. So, to earned money I’ll just singing. Busking all days around..’

‘Today since the sun rises up; I didn't eat anything yet but only a glass of water..’

Dia kembali menghalakan wajahnya kearahku. Sedih. Sumpah sedih. Aku bisu sekejap, biar air mata berbicara menghuraikan perasaan. Aku perasan. Perasan gila. Aku ingat aku la orang paling malang dalam dunia. Perasan lebih. Dengan segala masalah yang aku hadapi, aku terus kelaut. Tanpa sedar, ada orang lebih besar dan berat ujiannya. Namun, mereka masih mampu senyum. Teruskan kehidupan like nothing bad ever happened to them.

Aku mengusap sisa air mata. Apabila aku toleh ke kanan, lelaki tadi sudah hilang dari kerusi. Aku bangun mencarinya, namun usaha aku sia-sia.

Senyum.

Teruskan langkah kaki. Jangan putus asa. That busker really teaches me something worthy.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar & pasti mengetahui orang-orang yang dusta” 
 
(Al-Ankabut:2-3)


“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.”

[Riwayat al-Tirmidzi]





*aku masih lagi seorang gagal dalam beberapa hal.