Pages

Monday, November 26, 2012

Maafkan aku, Gaza..


2050 malam:

Jasad aku masih bermastautin disurau selepas Isyak. Kata bilal tadi, ada tazkirah special. Betul, memang istimewa kerana tajuknya ‘My Name Is Gaza’.  Selama 50 minit muwajih jemputan berhempas pulas menerangkan perihal rakyat Gaza yang ditindas oleh rejim Israel. Tua, muda, pak cik, mak cik & aku masing-masing menunjukkan muka merah padam, geram pada bangsa pemikul dosa.

Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!

Laungan takbir terlontar ke langit, menyambut penutup ceramah. Sana sini orang bercakap tentang Gaza & Israel. Cerita yang menarik perhatian mereka.

Selesai menyapu di sekitar surau, aku mengayuh basikal atuk menuju ke warung demi mencari sesuap nasi. Aku lihat wajah-wajah yang sama menghiasi surau sebentar tadi, cuma kali ini riak wajahnya berubah. Kalau tadi merah padam sekarang merah kelam, terkambus dengan asap Dunhill, gelak tawa & apa entah lagi.

Terkebil-kebil aku mencari semangat tadi yang hilang.

1040 pagi:

Waktu rehat sudah habis. Masa untuk subjek seterusnya, Psychology in Business. Puan Aisyah masuk dengan membawa tin biskut dilabel ‘Derma Untuk GAZA’. Dia menghampiri setiap student untuk mengutip wang. Jari tangan pun sudah cukup, untuk membilang si pemberi. Walhal, banyak kaki pembeli melangkah ke kilang membuat peluru Israel, McDonald’s waktu rehat tadi.

Mengigau ke aku di siang hari?!

1723 petang:

Keluarga cousinku datang melawat kami sekeluarga. Umar, nama sepupuku. Persis Saidina Umar Al-Khattab namanya, pemisah di antara haq & batil. Kami sebaya, selalu bersama suatu ketika dahulu. Namun zaman berubah, benda semalam tak sama dengan hari ini. Satu dekat berubah pun tak janggal.

‘Eh Adam, kau tahu tak ada artis dari Korea nak datang Malaysia buat concert?’ ternyata perihal dahulu tak sama dengan harini. Aku menggeleng kepala. Serius aku tak tahu.

Aku juga mahu ajukan soalan, mungkin boleh mengubah skop perbualan. ‘Umar, tahu tak berapa jumlah rakyat di Gaza tu yang terkorban?’

Jawabnya ringkas. ‘Tak tahu. Nak search kat mana information tu?’ Bingkas dia bangun meninggalkan aku di bilik.

Hmmm, apa maksud dunia dihujung jari?!

0030 tengah malam:

Mata aku memandang dinding bilik, namun pandangan hati tembus melaluinya.

‘Menentang? Apa yang nak ditentang?’ Entah suara siapa yang mencelus.

‘Ya, kita tentang. Makhluk yang kita tentang kini bukan sekadar ular,musang & kera. Bukan! Yang kita hadapi kini lebih rakus, lebih haloba daripada haiwan itu! Egois zionis!’

‘Apa yang boleh kita buat?Apa yang kita tahu?’ Berdesing-desing suara itu.

‘Dalam setiap doa, sertakan mereka!
 Boikot produk Israel!
 Infaq kepada mereka!
 Ambil tahu perkembangan saudara kita!
 Perbaiki diri kita menjadi fardhu muslim! Itu apa yang kita boleh buat.’

Betul kata bisikan itu. Tanah dipijak memang tak sama, namun perjuangan tetap sama.
Kalimah syahadah perlu diperjuangkan.

Dimana bumi dipijak, disitu Islam ditegak.

 “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.”   (Hadis Nabi SAW)





   

Monday, November 12, 2012

Tadbir & Takdir


Disumbatnya  earphone ke dalam telinga dengan tergesa-gesa. Dia menekan butang playlist iPod, cuba mencari lagu yang sama frekuensi dengan sanubarinya ketika itu.

Matanya merah berkaca.

Setengah jam yang lalu, dia gagal dalam first exam Anatomy. Retak jugak hatinya sebab ramai kawan-kawannya yang lulus tadi.

“Kenapa aku ni? Soalan sikit punya senang pun tak dapat jawab ke? Kenapa kau nervous sangat tadi Iman?” Hatinya bermonolog sendirian. Mencari-cari kesilapan lalu, menyelak lakaran sejarah.
Trutt! Trutt! Bunyi mesej dari handphonenya.

Assalamu’alaikum Iman. 
Mcm mana exam anat td?
Ok X?                   
-Izzah-

Air matanya yang cuba ditahan mengalir jua dek kerana soalan sahabatnya. Tersedu-sedu dia sambil menaip mesej.

Wa’alaikumussalam.
Aku fail td. X boleh jwb.
Sedih betul aku.. T_T
-Iman-

Izzah cuba memberi semangat kepada sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu pantang gagal walau sikit, kalau boleh nak cemerlang sokmo.

 Xpe Iman, kau dh cuba.
Ada hikmahnye nnt insyaAllah.
Yg penting kau jgn putus asa.
Teruskan study.
Allah xpandang result Iman, tp usaha hambaNya.
-Izzah-

Iman cuba mengukir senyuman, membina semula kekuatan. Pesan sahabatnya betul, dia tidak boleh putus asa lagi. Pantang alah pada kalah, dia mula merangka strategi belajar subjek Anatomy. Disapunya sisa air mata, melangkah pulang ke biliknya.

***

2nd attempt untuk exam Anatomy.

“Bismillahirahmannirahim.” Ucapnya sebelum pergi berjumpa dengan gurunya. Seminggu dia bertarung dengan subjek ini. Formula yang diguna pakainya, Usaha + Doa + Tawakkal & sekarang dia bertawakkal kepada Sang Pencipta. 

15 minit kemudian, dia keluar dengan senyuman hampir sampai ke telinga. Rasa mahu lompat tinggi-tinggi sampai ke bintang. Segera dia mencapai handphonenya di dalam beg.

Assalamu’alaikum Izzah.
Aku dh LULUS exam anat.
Highscore pulak tu.
Alhamdulillah. ^_^
-Iman-

Izzah memandang ke langit, malu-malu angin menyapa pipinya. Dia tersenyum syukur membaca mesej dari Iman. Dia tumpang gembira untuk sahabatnya.

Wa’alaikumussalam.
Alhamdulillah.Aku tumpang gembira.
Kita manusia perlu sentiasa tadbir diri kita tp takdir Dia yg tentukan Iman.
Senang ckp, kita merancang tp sebaik-baik perancang adlh Allah.
Allah bg kau gagal 1st time mayb sbb nak kau study lebih.
Bila kau selak blk buku, byk lg yg kau miss sebenarnya.
Mungkin kalau kau lulus awal2, kau dh xnak buka buku ke.
Tu la ibrahnye.
-Izzah-

Terpahat kemas dalam hati mesej dari sahabatnya. Ternyata, rencana Allah penuh rahsia untuk hambaNya. Untuk melihat siapa diantara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman serta bergantung kepadaNya.
Seketika kemudian, sahabatnya mengirimkan gambar Instagram kepadanya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”  (2:216)

SubhanAllah.

Monday, November 5, 2012

Tentang rindu


“Kau rindu dia kan?” Sebuah pertanyaan tiba-tiba mengejutkan aku yang sedang duduk mengelamun menunggu flight seterusnya. Lelaki berbaju & seluar putih lengkap selayaknya digelar pak cik itu mengambil tempat duduk disebelahku. Aku hanya mampu senyum, bukan sombong tapi tak tahu nak balas apa. Lagaknya sangat bersahaja.

“Kau tahu rindu itu apa?” Diajunya soalan yang kedua. Aku hanya menggelengkan kepala. Rindu, bagi aku tersangat la subjektif untuk didefinasikan. “ Ketika kamu memikirkannya, hatimu merasai perasaan yang tak lengkap, macam puzzle yang tak sempurna. Dan hanya dengan mendengar ‘hai’ darinya dapat menyatukan kembali kepingan tersebut. Itu la maksud rindu.”

Nah! Kaget sebentar aku di situ. Mana taknya, pak cik disebelah aku ni macam A. Samad Said. Pandai bermain kata-kata, indah sekali madahnya. Puitis habis kata orang. Belum habis aku mengkagumi bait-baitnya, dia menyambung. “Kau tak boleh sembunyikan, sebab nampak dari riak wajah kau & juga dari bahasa tubuh kau.” Betul juga katanya. Dah 1 tahun tak jumpa, mesti la rindu. Rindu akan senyumannya. Senyuman yang bisa menghilangkan segala penat lelah ini.

Tanpa dipaksa, aku mula tertarik dengan ucapannya.

Fikiranku mula bermain-main dengan ayatnya sebentar tadi. “Maaf dik, pak cik ni ada ganggu adik ke?” seorang pemuda segak berkemeja mengajukan soalan. “Tak .” Ringkas jawapanku, senyum tak pernah lupa. Pemuda itu cuba memapah pak cik untuk bangun dengan memegang lengannya.

“Pak cik ni kalau tak makan ubat mula la datang penyakitnya. Masih dalam rawatan ni, mentalnya tak berapa stabil.” Pemuda tersebut berlalu pergi bersama pak cik itu. Terkebil-kebil mata aku memerhati langkah mereka menghilang dari pandangan, mulut terkunci kejap. Speechless.

***

Aku cuba untuk memadamkan insiden sebentar tadi. Rindu itu; menjengah kembali.

Aku menunaikan solat Asar sebelum meneruskan perjalanan terakhir pulang ke tanah tumpahnya darahku, Kedah.

Ummi,

“Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada orang ibu bapanya,ibunya mengandungkannya dengan susah payah, & melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan,sehingga apabila dia telah dewasa & umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau berikan kepadaku & kepada ibu bapaku & supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau & sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (46:15)

Ya, aku rindu ummi.

“Ummi, ana uhibbuki fillah.” 

Saturday, November 3, 2012

1,2,3 lari..


“Siapa sampai dulu dia menang tau.” Jeritnya pada ketika itu baru berumur 7 tahun. Kawan-kawannya yang lain mengangguk tanda setuju akan syarat perlumbaan itu.

Beberapa minit kemudian “Yes, aku menang lagi kali ni.” Dia di isytiharkan pemenang. “Lajunya kau, jauh kau tinggal kami tadi.” Tercungap-cungap sahabatnya menghabiskan baris ayat, menyatakan rasa terpegun dengan larian dia sebentar tadi.

***
10 tahun berlalu pantas,

“Eh, nama kau short listed wakil rumah sukan acara lumba lari la, cikgu tampal dekat notice board tu. Tahniah ye.” Sapa kawannya dari belakang. Dia hanya menganggukkan kepala kemudian melirikkan senyuman kepada sahabatnya itu. Dia berjalan perlahan, keluar dari kantin untuk menuju ke kelas. Kepalanya ligat memikirkan perkataan ‘lari’. Dari kecil hingga sekarang, dia selalu berlari. Sempat juga dia melihat telatah sahabatnya yang lain berlari demi tujuan hidup masing-masing. Tapi dia, lariannya hanya demi meraih pingat emas.

“Dah selalu sangat dapat medal, tapi kenapa macam tak sempurna je larian aku ni? Something’s not complete there.” persoalan timbul dikotak hatinya.

Usai solat Isyak, dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya masih ligat memikirkan persoalan petang tadi, apa tujuan lariannya selama ini? Lama-kelamaan matanya terlelap, membawa persoalannya pergi.

***

Keesokannya di sekolah,

“Assalamu’alaikum ustaz, boleh saya jumpa ustaz sekejap? Ada musykilah sikit ni.” Ajunya dari luar pintu bilik Panitia Pendidikan Islam.

“Wa’alaikumussalam. Haa kamu, masuk la.” Pelawa Ustaz Jazmin. “Apa masalah kamu, cuba bagitau.” Soal Ustaz Jazmin. Dia sebenarnya agak selesa dengan Ustaz Jazmin kerana caranya memberi pendapat sangat menyenangkan para pelajar.

“Macam ni ustaz, hidup saya tak tenteram la sehari dua ni. Saya tak puas berlari sebab larian saya macam tak complete je. Kenapa ye ustaz?” Segala persoalan yang terbuku di rongga hatinya dilepaskan. Ustaz Jazmin senyum sinis sambil menyusun buku-buku pelajarnya.

“Hmmm, larian kamu sebenarnya sama macam yang lain, masing-masing membawa halatuju mereka. Macam robot sebab ikut je bergerak semata-mata nak mencapai tujuan hidup. Sebenarnya, manusia itu tak kan pernah puas, jadi perlumbaan itu sendiri akan berulang-ulang.”

“Macam yang kamu rasa sekarang, tak puas.” Tepat kata Ustaz Jazmin. Dia sendiri rasa tak cukup kalau hanya sekali dua dapat pingat, rasa macam nak lagi & lagi. Dia tahu; ini rencah duniawi.

“So, macam mana ustaz?”

“Perlumbaan kita seharusnya diletakkan pada tindakan yang betul, dengan matlamat yang sebenar. Cuba kamu ingat balik tujuan annas itu diciptakan, untuk memberi peringatan & juga menjadi hamba. Matlamat kamu & saya jelas, jadinya bergeraklah & berlarilah.” semangat ustaznya memberi penjelasan.

Jadi, marilah kita berlumba pada jalan yang baru. Berlari kita mengejar tuhan, mengejar cinta Allah.” Seru Ustaz Jazmin.

Ya, setuju. Dia akan mulakan larian yang baru iaitu dengan memperbaiki dirinya.

Dan dalam kita berlari menuju tuhan, jangan la lupa ajak kawan-kawan yang lain.” Tambah Ustaz Jazmin lagi.

  “Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila hamba-Ku mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa, dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari"  (Hadith Qudsi riwayat Bukhari dari Anas)

insyaAllah.