Pages

Wednesday, December 12, 2012

Jemput Aku Ke Syurga


Aku menyapu snow cap yang dipenuhi salji putih. 3 bulan aku di Moscow, ini hari pertama juga kali pertama aku melihat salji. Aku mengumpul salji-salji di tepi jalan menjadi bulat kecil.

Sungguh, Allah Maha Berkuasa. Sangat sempurna kejadian yang diciptakanNya.

Dalam sejuk, aku mengucapkan syukur padaNya.

Jarum panjang menunjukkan angka 10. ‘Alamak, aku dah lambat!’ getus hatiku. Aku bergegas lari ke kelas. Sampainya aku di kelas, kosong! Penghuni kelas tak lain tak bukan hanya kerusi & partnernya meja kayu.

‘Kelas start lambat kot harini.’ Berharap yang andaian aku tak meleset. Aku give up menunggu at last. Setengah jam, berjanggut aku kalau lama lagi kat situ. Dah la aku ni ada allergic terhadap kelas.

‘Assalamu’alaikum Ikhwan. Kelas pukul berapa ye? Aku tunggu lama dah kat sini.’ Laju aku mengajukan soalan kepada Ikhwan.

‘Eh, kelas kan cancel harini. Kau tak tau ke?’ Suara Ikhwan macam baru bangun dari tidur.

Cancel!! Lava gunung berapi mula mengalir deras keluar dari hati. Macam mana aku boleh tak tahu. Kenapa diorang lansung tak bagitahu aku. Aku mula menuding jari, mencari kesalahan orang lain.

Aku melepaskan keluhan berat.

***

Aku menghempapkan badan ke katil. Roommateku Andy hanya menjeling dari katilnya. Teringatkan Ikhwan, aku segera bangun ke biliknya. Masa untuk sesi kaunseling & luahan perasaan dengannya.

‘Mesti kau put the blame atas kejadian tadi kat orang lain kan? Salah diorang sebab kau tak diberitahu, kan?’ Ikhwan keluarkan riddlenya yang pertama.

Aku tunduk macam lelaki melayu terakhir, mengangguk laju. Memang bukan salah aku pun. Harap je pakai handphone canggih, kredit 1 sen pun takde nak mesej aku.

Ikhwan dari tadi senyum, dah macam kerang busuk.

‘Macam mana pulak dengan kau?’ teka-teki kedua Ikhwan.

‘Macam mana apa?’ aku tak dapat tackle soalannya.

Aku tahu engkau tahu,Aku tahu engkau mampu,Aku juga tahu engkau masih lagi terdiam kaku tersimpuh malu..

Ikhwan membacakan puisi pendek yang aku memang tak faham. Kosa kata bahasa yang diguna pakainya tinggi. Yang pasti, aku tertarik untuk mendengar lagi.

‘Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah tanggungjawab kau untuk menyampaikan kebenaran. Kebenaran yang kau sendiri imani, yang kau ambil sebagai agama kau iaitu tiada tuhan yang layak disembah selain Allah & Muhammad itu utusan Allah.’

‘Aku bagi analogi simple je kat kau. Kalau kau boleh salahkan orang lain sebab tak bagitahu kau kelas takde harini, then orang lain contoh roommate kau boleh tuding jari kat kau di akhirat nanti sebab kau tak pernah pun cuba sampaikan cara hidup yang sebenarnya, Islam yang syumul.’

Dicapai Ikhwan buku akhiratnya, diselaknya mukasurat 21 & mengisyaratkan supaya aku membaca potongan ayat.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan ( saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?”  (Al-Baqarah: 140)

‘Dalam Quran, Allah dah bagi contoh kaum yang sembunyikan kebenaran ni & even worst tukar terus ikut nafsu iaitu kaum yahudi. Kaum yahudi adalah kaum pertama yang dapat risalah kebenaran ni.’

‘..dan Allah jugak dah tunjukkan hukumannya.’ nada Ikhwan mula sedikit menurun.

Pelan-pelan aku mulai faham. Tanggungjawab seorang muslim itu bukan hanya sekadar solat penuh 5 waktu, puasa, zakat, ikut undang-undang syarak dalam kehidupan sehari-hari kemudian berpeluk tubuh tanpa menitiskan setitik peluh & tidur lena.

Tapi...

‘Ikhwan, macam mana nak buat?’

‘Ada 2 cara actually dalam menyampaikan. First is dalam bentuk perkataan, means melalui pena & lisan. Kalau kau ada blog, cuba sampaikan melalui blog kau. Tumblr, Instagram, Twitter or Youtube. Anything would help insyaAllah.’

Second, melalui perbuatan. Maksudnya, kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan prinsip yang kita yakini & imani.’

Ikhwan menghabiskan ucapannya, membiarkan aku bermain-main dengan hujah kebenaran.

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar & yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”   (Al-Baqarah: 143)

Langkah aku ke bilik disertai perubahan & juga strategi.

Baru boleh ajak Andy ke jannah.

Moga dipermudahkan urusan..

No comments:

Post a Comment