Pages

Monday, November 12, 2012

Tadbir & Takdir


Disumbatnya  earphone ke dalam telinga dengan tergesa-gesa. Dia menekan butang playlist iPod, cuba mencari lagu yang sama frekuensi dengan sanubarinya ketika itu.

Matanya merah berkaca.

Setengah jam yang lalu, dia gagal dalam first exam Anatomy. Retak jugak hatinya sebab ramai kawan-kawannya yang lulus tadi.

“Kenapa aku ni? Soalan sikit punya senang pun tak dapat jawab ke? Kenapa kau nervous sangat tadi Iman?” Hatinya bermonolog sendirian. Mencari-cari kesilapan lalu, menyelak lakaran sejarah.
Trutt! Trutt! Bunyi mesej dari handphonenya.

Assalamu’alaikum Iman. 
Mcm mana exam anat td?
Ok X?                   
-Izzah-

Air matanya yang cuba ditahan mengalir jua dek kerana soalan sahabatnya. Tersedu-sedu dia sambil menaip mesej.

Wa’alaikumussalam.
Aku fail td. X boleh jwb.
Sedih betul aku.. T_T
-Iman-

Izzah cuba memberi semangat kepada sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu pantang gagal walau sikit, kalau boleh nak cemerlang sokmo.

 Xpe Iman, kau dh cuba.
Ada hikmahnye nnt insyaAllah.
Yg penting kau jgn putus asa.
Teruskan study.
Allah xpandang result Iman, tp usaha hambaNya.
-Izzah-

Iman cuba mengukir senyuman, membina semula kekuatan. Pesan sahabatnya betul, dia tidak boleh putus asa lagi. Pantang alah pada kalah, dia mula merangka strategi belajar subjek Anatomy. Disapunya sisa air mata, melangkah pulang ke biliknya.

***

2nd attempt untuk exam Anatomy.

“Bismillahirahmannirahim.” Ucapnya sebelum pergi berjumpa dengan gurunya. Seminggu dia bertarung dengan subjek ini. Formula yang diguna pakainya, Usaha + Doa + Tawakkal & sekarang dia bertawakkal kepada Sang Pencipta. 

15 minit kemudian, dia keluar dengan senyuman hampir sampai ke telinga. Rasa mahu lompat tinggi-tinggi sampai ke bintang. Segera dia mencapai handphonenya di dalam beg.

Assalamu’alaikum Izzah.
Aku dh LULUS exam anat.
Highscore pulak tu.
Alhamdulillah. ^_^
-Iman-

Izzah memandang ke langit, malu-malu angin menyapa pipinya. Dia tersenyum syukur membaca mesej dari Iman. Dia tumpang gembira untuk sahabatnya.

Wa’alaikumussalam.
Alhamdulillah.Aku tumpang gembira.
Kita manusia perlu sentiasa tadbir diri kita tp takdir Dia yg tentukan Iman.
Senang ckp, kita merancang tp sebaik-baik perancang adlh Allah.
Allah bg kau gagal 1st time mayb sbb nak kau study lebih.
Bila kau selak blk buku, byk lg yg kau miss sebenarnya.
Mungkin kalau kau lulus awal2, kau dh xnak buka buku ke.
Tu la ibrahnye.
-Izzah-

Terpahat kemas dalam hati mesej dari sahabatnya. Ternyata, rencana Allah penuh rahsia untuk hambaNya. Untuk melihat siapa diantara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman serta bergantung kepadaNya.
Seketika kemudian, sahabatnya mengirimkan gambar Instagram kepadanya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”  (2:216)

SubhanAllah.

No comments:

Post a Comment