Pages

Monday, December 31, 2012

Busuk!


Aku selsema teruk.

Trek pernafasan aku tersumbat. Agak sukar untuk aku menghirup zarah-zarah oksigen, lalu aku mengambil keputusan untuk berbaring sahaja.

Pusing kanan,
Pusing kiri,
Golek sana,
Golek sini,

Aku mulai bosan dengan aktiviti tidak mendatangkan peluh. Aku mahu tidur, moga demamku reda.

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya, mencemuh taqdir tuhan terhadap hambaNya; aku..

Dalam-dalam nasal cavity yang sedang tersumbat peringkat ketiga itu, aku dapat mencium bau. Sungguh aku pun hairan, lagak dah macam Pak Pandir. 

‘Gerangan apakah bau itu? Dari manakah ia datang?’ Tanya Sultan Firasat.

Lama-kelamaan, bau itu semakin mendekat. Busuk!! Ya, rasa macam mahu dicabut hidung ni. Dicucuk-cucuknya dengan bilahan yang tajam tapi tak nampak. Sumpah aku cakap, busuk sangat.

Aku bingkas bangun mencari sumber punca bau itu. Mula sekali, aku cuba check tong sampah aku. Mungkin ada sisa sampah yang tertinggal.

Takde! ‘There is no such trash in your dustbin.’ Ucap Pak Cik Nafi.

Ok, next check point is bawah katil. Perhaps, ada kucing yang masuk secara sirr & membuat onar di bawah katil aku. Melepaskan sisa-sisa kumbahannya.

Again, nothing below here..

Aku duduk sekejap. Mengelamun sebentar mencari lokasi seterusnya untuk Ops Bau. Idea berkualiti lansung tak lintas dalam kepala otak aku, masuk apatah lagi. Buntu!!

Tidak semena-mena lampu mentol pun menyala,

ting!!.

Aku cuba meraba di sekitar tubuh aku sendiri. Mula dari hujung os frontale sampai ke bahagian thorax aku terhenti, berhenti!!

Aku mula menguakkan dada aku sendiri. Buka sedikit demi sedikit, berdasarkan ilmu yang aku peroleh melalui kelas Topography Anatomy. 10 minit kemudian aku berjaya mengeluarkan seketul daging sebesar tapak tangan. Jantung atau nama Latin-nya Cor.

Sekarang, aku tahu busuk itu kampungnya di mana. Rupanya di tempat kawalan pusat. Tempat yang mengawal seluruh pergerakan jasad aku. Seketul hati.

Aku mahu mencucinya. Kerna aku juga puncanya busuk.

Busuk dengan riak..
Busuk dengan sum’ah..
Busuk dengan ujub..

Tapi, aku perlu sabun pencuci yang berkesan. Yang dapat menanggalkan kesan sisa busuk ini once & for all. Tak mungkin jenama Breeze, Vanish & Daya mampu meninggalkan kesan wangi selamanya.

Hmmm..

Haa..

Aku dah tahu. Dia dah turunkan petunjuk sekian lama dahulu, Al-quran & Sunnah Baginda S.A.W. Pencuci hati paling terbaik untuk setiap zaman. Tak mungkin ada pencuci hati selengkap ini. Tak mungkin!

Sekarang, aku mahu menyental hati ini!

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Doakan aku kalian, supaya habis mencucinya. insyaAllah!!



   

Wednesday, December 12, 2012

Jemput Aku Ke Syurga


Aku menyapu snow cap yang dipenuhi salji putih. 3 bulan aku di Moscow, ini hari pertama juga kali pertama aku melihat salji. Aku mengumpul salji-salji di tepi jalan menjadi bulat kecil.

Sungguh, Allah Maha Berkuasa. Sangat sempurna kejadian yang diciptakanNya.

Dalam sejuk, aku mengucapkan syukur padaNya.

Jarum panjang menunjukkan angka 10. ‘Alamak, aku dah lambat!’ getus hatiku. Aku bergegas lari ke kelas. Sampainya aku di kelas, kosong! Penghuni kelas tak lain tak bukan hanya kerusi & partnernya meja kayu.

‘Kelas start lambat kot harini.’ Berharap yang andaian aku tak meleset. Aku give up menunggu at last. Setengah jam, berjanggut aku kalau lama lagi kat situ. Dah la aku ni ada allergic terhadap kelas.

‘Assalamu’alaikum Ikhwan. Kelas pukul berapa ye? Aku tunggu lama dah kat sini.’ Laju aku mengajukan soalan kepada Ikhwan.

‘Eh, kelas kan cancel harini. Kau tak tau ke?’ Suara Ikhwan macam baru bangun dari tidur.

Cancel!! Lava gunung berapi mula mengalir deras keluar dari hati. Macam mana aku boleh tak tahu. Kenapa diorang lansung tak bagitahu aku. Aku mula menuding jari, mencari kesalahan orang lain.

Aku melepaskan keluhan berat.

***

Aku menghempapkan badan ke katil. Roommateku Andy hanya menjeling dari katilnya. Teringatkan Ikhwan, aku segera bangun ke biliknya. Masa untuk sesi kaunseling & luahan perasaan dengannya.

‘Mesti kau put the blame atas kejadian tadi kat orang lain kan? Salah diorang sebab kau tak diberitahu, kan?’ Ikhwan keluarkan riddlenya yang pertama.

Aku tunduk macam lelaki melayu terakhir, mengangguk laju. Memang bukan salah aku pun. Harap je pakai handphone canggih, kredit 1 sen pun takde nak mesej aku.

Ikhwan dari tadi senyum, dah macam kerang busuk.

‘Macam mana pulak dengan kau?’ teka-teki kedua Ikhwan.

‘Macam mana apa?’ aku tak dapat tackle soalannya.

Aku tahu engkau tahu,Aku tahu engkau mampu,Aku juga tahu engkau masih lagi terdiam kaku tersimpuh malu..

Ikhwan membacakan puisi pendek yang aku memang tak faham. Kosa kata bahasa yang diguna pakainya tinggi. Yang pasti, aku tertarik untuk mendengar lagi.

‘Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah tanggungjawab kau untuk menyampaikan kebenaran. Kebenaran yang kau sendiri imani, yang kau ambil sebagai agama kau iaitu tiada tuhan yang layak disembah selain Allah & Muhammad itu utusan Allah.’

‘Aku bagi analogi simple je kat kau. Kalau kau boleh salahkan orang lain sebab tak bagitahu kau kelas takde harini, then orang lain contoh roommate kau boleh tuding jari kat kau di akhirat nanti sebab kau tak pernah pun cuba sampaikan cara hidup yang sebenarnya, Islam yang syumul.’

Dicapai Ikhwan buku akhiratnya, diselaknya mukasurat 21 & mengisyaratkan supaya aku membaca potongan ayat.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan ( saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?”  (Al-Baqarah: 140)

‘Dalam Quran, Allah dah bagi contoh kaum yang sembunyikan kebenaran ni & even worst tukar terus ikut nafsu iaitu kaum yahudi. Kaum yahudi adalah kaum pertama yang dapat risalah kebenaran ni.’

‘..dan Allah jugak dah tunjukkan hukumannya.’ nada Ikhwan mula sedikit menurun.

Pelan-pelan aku mulai faham. Tanggungjawab seorang muslim itu bukan hanya sekadar solat penuh 5 waktu, puasa, zakat, ikut undang-undang syarak dalam kehidupan sehari-hari kemudian berpeluk tubuh tanpa menitiskan setitik peluh & tidur lena.

Tapi...

‘Ikhwan, macam mana nak buat?’

‘Ada 2 cara actually dalam menyampaikan. First is dalam bentuk perkataan, means melalui pena & lisan. Kalau kau ada blog, cuba sampaikan melalui blog kau. Tumblr, Instagram, Twitter or Youtube. Anything would help insyaAllah.’

Second, melalui perbuatan. Maksudnya, kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan prinsip yang kita yakini & imani.’

Ikhwan menghabiskan ucapannya, membiarkan aku bermain-main dengan hujah kebenaran.

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar & yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”   (Al-Baqarah: 143)

Langkah aku ke bilik disertai perubahan & juga strategi.

Baru boleh ajak Andy ke jannah.

Moga dipermudahkan urusan..