Pages

Saturday, November 3, 2012

1,2,3 lari..


“Siapa sampai dulu dia menang tau.” Jeritnya pada ketika itu baru berumur 7 tahun. Kawan-kawannya yang lain mengangguk tanda setuju akan syarat perlumbaan itu.

Beberapa minit kemudian “Yes, aku menang lagi kali ni.” Dia di isytiharkan pemenang. “Lajunya kau, jauh kau tinggal kami tadi.” Tercungap-cungap sahabatnya menghabiskan baris ayat, menyatakan rasa terpegun dengan larian dia sebentar tadi.

***
10 tahun berlalu pantas,

“Eh, nama kau short listed wakil rumah sukan acara lumba lari la, cikgu tampal dekat notice board tu. Tahniah ye.” Sapa kawannya dari belakang. Dia hanya menganggukkan kepala kemudian melirikkan senyuman kepada sahabatnya itu. Dia berjalan perlahan, keluar dari kantin untuk menuju ke kelas. Kepalanya ligat memikirkan perkataan ‘lari’. Dari kecil hingga sekarang, dia selalu berlari. Sempat juga dia melihat telatah sahabatnya yang lain berlari demi tujuan hidup masing-masing. Tapi dia, lariannya hanya demi meraih pingat emas.

“Dah selalu sangat dapat medal, tapi kenapa macam tak sempurna je larian aku ni? Something’s not complete there.” persoalan timbul dikotak hatinya.

Usai solat Isyak, dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya masih ligat memikirkan persoalan petang tadi, apa tujuan lariannya selama ini? Lama-kelamaan matanya terlelap, membawa persoalannya pergi.

***

Keesokannya di sekolah,

“Assalamu’alaikum ustaz, boleh saya jumpa ustaz sekejap? Ada musykilah sikit ni.” Ajunya dari luar pintu bilik Panitia Pendidikan Islam.

“Wa’alaikumussalam. Haa kamu, masuk la.” Pelawa Ustaz Jazmin. “Apa masalah kamu, cuba bagitau.” Soal Ustaz Jazmin. Dia sebenarnya agak selesa dengan Ustaz Jazmin kerana caranya memberi pendapat sangat menyenangkan para pelajar.

“Macam ni ustaz, hidup saya tak tenteram la sehari dua ni. Saya tak puas berlari sebab larian saya macam tak complete je. Kenapa ye ustaz?” Segala persoalan yang terbuku di rongga hatinya dilepaskan. Ustaz Jazmin senyum sinis sambil menyusun buku-buku pelajarnya.

“Hmmm, larian kamu sebenarnya sama macam yang lain, masing-masing membawa halatuju mereka. Macam robot sebab ikut je bergerak semata-mata nak mencapai tujuan hidup. Sebenarnya, manusia itu tak kan pernah puas, jadi perlumbaan itu sendiri akan berulang-ulang.”

“Macam yang kamu rasa sekarang, tak puas.” Tepat kata Ustaz Jazmin. Dia sendiri rasa tak cukup kalau hanya sekali dua dapat pingat, rasa macam nak lagi & lagi. Dia tahu; ini rencah duniawi.

“So, macam mana ustaz?”

“Perlumbaan kita seharusnya diletakkan pada tindakan yang betul, dengan matlamat yang sebenar. Cuba kamu ingat balik tujuan annas itu diciptakan, untuk memberi peringatan & juga menjadi hamba. Matlamat kamu & saya jelas, jadinya bergeraklah & berlarilah.” semangat ustaznya memberi penjelasan.

Jadi, marilah kita berlumba pada jalan yang baru. Berlari kita mengejar tuhan, mengejar cinta Allah.” Seru Ustaz Jazmin.

Ya, setuju. Dia akan mulakan larian yang baru iaitu dengan memperbaiki dirinya.

Dan dalam kita berlari menuju tuhan, jangan la lupa ajak kawan-kawan yang lain.” Tambah Ustaz Jazmin lagi.

  “Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila hamba-Ku mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa, dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari"  (Hadith Qudsi riwayat Bukhari dari Anas)

insyaAllah.
 


No comments:

Post a Comment