Pages

Friday, October 26, 2012

Hamba Yang Berlari



Dia terus berlari. Sahabat-sahabatnya yang lain sudah mengerutkan dahi tanda mencemuh akan perbuatannya itu. Terutamanya pada waktu yang ganjil, ketika itu bersuhu -10 °C di bumi Moscow. Walau tidak sepantas para atlet pecut, meskipun nafasnya sudah menunjukkan tanda-tanda penat, dia tidak sekali-kali akan mengalah dalam acara olahraga ciptaannya itu. Dia dikejar masa, maka dia mengejar Tuhan sekalian alam.

Lariannya bermula sebaik sahaja tamat kelas Bahasa Latin pada pukul 1 petang, Sayyidul Ayyam. Kelasnya berada di lokasi yang agak jauh dari Bangunan Kedutaan Malaysia di Russia. Pada musim salji, masuknya waktu Zohor di Moscow adalah pada sekitar pukul 1.28 petang. Ini bermaksud, dia hanya ada 30 minit untuk tiba di Kedutaan Malaysia demi menunaikan fardhu Jumaat. Memang susah bagi seorang muslim untuk hidup di kota bebas ini apatah lagi muslim yang belajar kerana jadual kelas selalunya melanggar waktu solat fardhu.

Namun situasi sedemikian sedikit pun tidak membantutkan lariannya. “Saya tidak boleh berhenti berlari. Bila berhenti, bererti saya kalah dan mengalah.” Demikian jawapan yang pernah dia katakan saat ada orang bertanya. “Mesti tak sempat punya la.” Jawabnya ringkas sahaja, “ Redha Allah itu perlu dicari, bukan dinanti.” Dia berlari demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang abid, juga demi mencari redha dari tuanNya. Dia yakin usahanya akan membuahkan hasil yang menguntungkan, bukan untuk orang lain, bukan jua untuk penciptaNya tetapi semata-mata untuk dirinya. Yakin akan janji Allah S.W.T.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Juma’at, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [62:9]

Dia faham akan tujuannya diciptakan di dumi ini, menjadi khalifah & beribadah kepada Allah S.W.T. Tetapi,           

Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Maka dengan itu, tidak boleh tidak, sebaliknya dia perlu dan akan sentiasa berlari mengejar redha Ilahi. Harapannya, semoga peluh serta langkah kakinya menjadi saksi jalannya menuju redha Allah S.W.T. Hati yang ikhlas tidak terkesan dengan pandangan dan pujian manusia, kerana ia tahu pandangan siapa yang perlu diutamakan.     

2 comments:

  1. yup.. bkn mgejar utk solat jumaat shaja,insyaAllah solat harian jgk kita segerakn.

    ReplyDelete
  2. baik, sami' na wa a'toq na..
    jazakallah..

    ReplyDelete