Pages

Tuesday, January 1, 2013

Aku mahu berlari


Mengejar tuhan,
Demi tuhan,
Kerana tuhan,
...Aku mahu berlari,

Dimana-mana,
Barat,
Timur,
Selatan,
Utara,
...Aku mahu berlari,

Dan walau sakit,
Sakit kaki,
Pecah tumit,
Sesak dada,
Terjelopok jatuh,
...Aku mahu berlari,

Orang disana kata,
Kau pengecut,
Kau lari dari fitrah,
Kau pasti kan henti,
Kau kan patah balik,
Kau mesti toleh belakang,
...Aku mahu berlari,

Kerana,

Hati yang tenang,
Senyum dalam duga,
Diam tatkala fikir,
Fikir ditambah zikir,
Singgah sana Firdaus,
Titipan redha,

Hanya aku peroleh,
Jika aku berlari,
Meski aku yang berdosa..

Jadi,
Biarkan aku berlari,
...Aku mahu berlari.

No comments:

Post a Comment