Pages

Wednesday, January 30, 2013

Metafora Hidup Seorang Hamba


Aku tak larat. Terhuyung-hayang badan ini menampung beban. Berat sangat! Setiap kali keluar, mesti membawanya bersama. Seingat akal, aku mula menggalasnya selepas aku mencapai aqil baligh. Jadi, tambah tolak darab bahagi sama dengan 10 tahun ia menjadi pendamping aku.

Haiii la mambang! Pergi kau jauh-jauh.

Itu apa yang aku harap. Aku, berhenti berharap.

Aku letih melangkah. Jalan juang aku, kelam lagi gelap dari malam tanpa sinarnya bulan. Sewaktu aku berjalan, aku ternampak seekor gagak hitam. Lagaknya macho cuba merabik-rabik bungkusan sampah. Tapi belum pun terburai bungkusan itu, si gagak berlalu pergi. Mengepak sayapnya selaju mungkin.

Hairan!

Aku mendekati bungkusan tadi. Curiosity aku menebal. Lagi tujuh langkah mahu sampai, aku terhenti. Aku ditikam, di hidung.

Busuk ya amat!

Patut gagak tadi lari terbang. Se-macho dia pun tak tahan bau busuk bungkusan tu. Retreat! Retreat! Aku undur semula ke belakang. Setapak lagi kalau ke depan tadi, komfem pengsan. Seketika, aku terfikir. Masih dalam skop aku. Kalau si gagak pun tak nak terima benda yang tersangatlah busuknya, inikan pula tuhan. Somehow, I’ve lost my faith towards god.  
     
Dosa!

Inilah! Inilah gerangan yang aku bawa, yang aku pikul. Dasyat kan? Sebut je, apa dosa yang aku tak pernah buat? Semua sudah.

Sesal..

Aku mahu ke sungai dalam. Mahu membenamkan jasad ini selamanya, biar hilang jauh dari sejarah dunia. Sedang asyik mengimbau dosa lampau, ada seakan-akan tangan yang menyapa bahuku dari belakang. Lembut namun kemas genggamannya.

Aku mahu memusingkan pandangan ke arahnya. Tak perlu katanya, hanya minta didengar ucapannya. Aku akur tanpa banyak soal. Entah kenapa..

“la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a”

Sedap! Indah! Mempersona! Aku tahu itu kata-kata dari Tuhan. Sang Pencipta mahu bicara. Dalam hati aku berkata, “teruskan, aku mahu dengar lagi..”


Lalu aku diperdengarkan lagi..

Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.    (Az-zumar 39 :53)

Pelan-pelan aku mula menangis. Dia tak pernah lupa aku, walau aku berlumur dosa. Allah siap mengajak pelaku maksiat untuk kembali kepadaNya. Dia yang Maha Mengetahui, hambaNya tidak pernah sunyi dari melakukan dosa. Cuma aku yang berburuk sangka.

Tunjukkan aku jalan lurusMu,
Untuk menggapai SyurgaMu, 
Terangiku dalam setiap langkah hidupku..

 ‘wahai anak adam, sekirannya engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.’          (H.R Tirmizi)

Aku.

Istighfar..

No comments:

Post a Comment