Pages

Saturday, March 16, 2013

Perasaan


Bukan salji seperti yang aku impikan, sebaliknya hujan renyai membasahi waktu subuh di Moscow. Jangkaan aku tentang bersambungnya musim sejuk ternyata meleset sama sekali. Usai langit menangis, cahaya matahari mula merekah dibalik awan-gemawan. Cantik cahaya tuhan itu bila dilihat dari tanah rendah, umpama batang-batang cahaya yang panjang mencengkam kukuh pelusuk bumi. Aku sering berfikir bahawa matahari itu sangat hebat. Mungkin kerana kuasanya yang mampu memberi sinar harapan kepada segenap alam. Tidak akan padam sampai kiamat.

Aku melipat sejadah usang pemberian nenek. Aku masih ingat, sejadah itu nenek hadiahkan kepadaku sewaktu di KLIA. Pesan nenek, ‘Seorang anak Adam itu walau dimana dia melangkah, dia perlu sentiasa sujud pada Sang Pencipta.’ Waktu itu, aku hanya mengangguk laju. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itu hanyalah ucapan untuk melepaskan rindu seorang nenek kepada cucu kesayangannya, fikirku dahulu.

Aku kembali mengambil tempat di meja studi. Aku tenung buku-buku yang ada di atasnya. Stress out. Why in the first place, I choose to study medic? And now I noticed we’re not on the same pages at all. Aku selalu begitu. Bermonolog sendirian. Mahu mengadu tapi to whom? 

Aku tinggalkan sekejap meja studi. Perut mula memainkan lagu pilihannya, irama ala-ala tahun 90-an. Macam radio. Aku beransur gerak ke peti sejuk. Empat keping roti telur cukup sebagai alas perut aku rasa. Bila buka peti sejuk, alangkah hampa perasaan seorang hamba. Tinggal susu kotak jer. Itu pun rasanya sudah tamat tarikh luput. Aku lapar. Lapar sangat. This is a bad sign to me. From the start, it’s really bad. Sekali lagi, fikiran aku negatif. Akhirnya, aku hanya meneguk air kosong lalu mengorak langkah ke katil. Aku nak tidur. Perhaps, I can forget about these hungry things. Aku capai iPod, biar lagu-lagu mengiringi aku ke alam mimpi.

*****

Kring! Kring! Kring!

Pukul dua petang. Aku mahu tunaikan janji aku pada tuhan. Zohor. Selesai memberi salam, aku terfikir untuk makan tengah hari diluar. Aku mengenakan trench coat jenama ZARA yang aku beli tahun lepas memandangkan suhu diluar tidak terlalu sejuk. Sambil berlari-lari anak, aku tersenyum sendiri. Mahunya tak senyum, aku sudah berkira-kira di dalam hati mahu order makanan sebanyak mampu. Berjalan ke Halal Cafe hanya mengambil masa 20 minit. Aku berdiri agak lama di pintu masuk, melihat secara overview meja yang paling sesuai untuk menikmati resepi bumi sejuk beku ini. Akhirnya, aku pilih untuk berada di penjuru kafe. Lebih selesa bersendirian, tanpa ada mata memandang. Maklumlah, orang asing.

‘Give me one large chicken pizza, one special shawarma & an orange juice, please.’  Aku betul-betul lapar.

Beberapa minit kemudian, pelayan yang sama datang kepadaku.

‘Sir, we’re so sorry. It seems we’ve only a shawarma left. Is it okay for you?’  soal pelayan itu dengan gagap.

Terkilan. Kalau ikutkan hati ketika itu, aku mahu memberontak. Biar nampak persis pengganas. Sudah jatuh, ditimpa pula tangga. Namun, aku berlagak matang.

‘It’s okay, just give me the shawarna. But, do wrap it because I want to eat it while walking home.’

Aku keluar dari kafe bersama bungkusan makanan. Oleh kerana terlalu lapar, aku mengambil keputusan untuk makan sambil berjalan menuju ke hostel. Walaupun plan aku kurang menjadi, at least I got something to be eaten. Entah macam mana, aku tersadung dengan sisa bongkahan salji yang mengeras. Tersungkur. Rebah. Macam nangka busuk. Habis berselerak makanan aku atas jalan. Mata aku berkaca. Aku menangis serta merta. Aku menyapu kedua belah tangan, lalu mengambil tempat duduk di kerusi berdekatan.

‘Today, was the worst day ever in my life..’ Kali ini, aku bersuara. Tak mampu lagi untuk simpan dalam hati.

there are things,
that we don’t want to happen,
but we have to accept,

things we don’t want to know,
but have to learn,

and people we can’t live without,
but have to let go,

because it’s in our destiny..

Tidak semena-mena ada seorang pak cik datang menyanyikan lagu di depan aku. Diulangnya rangkap itu berkali-kali. Mungkin dia seorang buskers. Aku menghulurkan not lima puluh Rubles. Namun dia menolak, dia hanya menggelengkan kepala sebagai tanda reject. Seketika, dia berhenti menyanyi dan mengambil tempat disebelahku. Dia merebahkan kepalanya ke kerusi.

‘You know, I am homeless because my family didn’t want me anymore. They said that I always gave them a bad luck in their life. So, they threw me out of the house. Plus, I’m also jobless. So, to earned money I’ll just singing. Busking all days around..’

‘Today since the sun rises up; I didn't eat anything yet but only a glass of water..’

Dia kembali menghalakan wajahnya kearahku. Sedih. Sumpah sedih. Aku bisu sekejap, biar air mata berbicara menghuraikan perasaan. Aku perasan. Perasan gila. Aku ingat aku la orang paling malang dalam dunia. Perasan lebih. Dengan segala masalah yang aku hadapi, aku terus kelaut. Tanpa sedar, ada orang lebih besar dan berat ujiannya. Namun, mereka masih mampu senyum. Teruskan kehidupan like nothing bad ever happened to them.

Aku mengusap sisa air mata. Apabila aku toleh ke kanan, lelaki tadi sudah hilang dari kerusi. Aku bangun mencarinya, namun usaha aku sia-sia.

Senyum.

Teruskan langkah kaki. Jangan putus asa. That busker really teaches me something worthy.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar & pasti mengetahui orang-orang yang dusta” 
 
(Al-Ankabut:2-3)


“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.”

[Riwayat al-Tirmidzi]





*aku masih lagi seorang gagal dalam beberapa hal.



No comments:

Post a Comment