Pages

Tuesday, April 16, 2013

Bidadari



       Aku diciptakan untuk kamu..
       Dan kamu diciptakan untuk aku..

‘Ummi tak izinkan along, ummi takkan restu..’

   Terngiang-ngiang butir bicara ummi tempoh hari. Dua tiga hari jugak la tidur tak lena. Aku perlu restu ummi untuk melangkah jauh.

   Nama aku Syahid Thaqif, maksudnya bijak dan cepat faham. Aku baru habis Housemen Ship  di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.  So, pangkat aku sekarang ialah MD. Umur 24 tahun dan masih single

Ummi.

Ummi.

   Aku takkan sesekali lawan cakap ummi, jauh lagi untuk membantah. Ummi seorang yang sangat paranoid bila bercakap perihal anak-anaknya. Tapi, aku faham. Sebenarnya ummi sayang kami. Kalau boleh, dia nak pelihara kami hingga hujung nafasnya. Bagai menatang minyak yang penuh bak pepatah melayu.

   Dari sekolah menengah lagi, pesan ummi yang paling aku boleh ingat adalah ‘sekarang bukan waktu untuk bercinta’ . Even, sampai ke Moscow ummi masih lagi mengutarakan rangkap yang sama.  Konklusinya, ummi tak berapa gemar kalau topik cinta ni dibincangkan di meja bulat mahupun di meja makan. Allergic! Hilang selera!

   Tapi, lumrah seorang anak lelaki. Perkara yang selalu dilarang itulah yang akan dilakukan.

   Lalu aku jatuh cinta,
   Cinta pandang pertama..  

   Insiden ini berlaku sewaktu aku di akhir tahun pengajian. Aku mula mengenal namanya dari beberapa orang senior, namun butir-butir peribadinya masih menjadi misteri.  Kata orang tua, kalau dah terkena penyakit angau tu, segala tindakan jadi kurang waras. Jadi, aku cuba stalk dia dengan lebih teliti menerusi internet. Di akhir penyelidikan, aku tahu beberapa hal pasal dia.

Pertama, tiada orang yang masih hidup di dunia pernah melihat susuk tubuh mahupun wajahnya.

Kedua, dikatakan dia adalah gadis yang paling cantik tiada tandingan semua gadis di dunia.

Ketiga, tempat tinggalnya tersangat-lah jauh. Nun jauh ya amat!!

Keempat,hanya lelaki yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dapat memilikinya.Selamanya!!

   Nak dijadikan isu, aku usulkan kepada ummi tentang dia. Cinta. Ya cinta. Ummi tanpa menghela nafas panjang telah menolak gadis yang aku cintai buat pertama kali. Bulat-bulat ummi tolak. Jadi, aku tak membantah. Hingga pulang ke Malaysia, aku tidak menyebut-nyebut namanya lagi. Demi ummi.

2 tahun kemudian,

   Aku ditawarkan menjadi sukarelawan bagi Misi Ke GAZA selama sebulan. Aku ke sana sebagai pembantu perubatan dan juga membawa bekalan ubat-ubatan. Tiba-tiba, aku teringat akan gadis yang pernah aku cinta dahulu. Aku mungkin boleh berjumpa dengannya di sana. Dan, aku akan cuba memenuhi syarat-syarat untuk memilikinya.

‘Ummi, along dapat tawaran ke Gaza. Jadi medical assistant kat sana nanti. Kalau boleh la..’

   Ummi terus potong harapan aku. Seperti yang aku duga, ummi will never let me go to that kind of place.

‘Along..ummi faham along nak tolong budak-budak kat sana. Tapi, banyak lagi kan cara nak tolong. Sumbang duit pun boleh.’  Keluhan ummi berat. Aku perasan  itu.    

‘Ummi tak izinkan along, ummi takkan restu..’

   Ini masanya. Aku menarik nafas panjang lalu melangkah perlahan ke posisi ummi. Aku ambil kedua tangannya lalu aku kucup dengan penuh sayang. Tangan yang menjaga makan pakai aku selama ini. Kemudian aku keluarkan lipatan kertas kecil dari poket seluarku. Aku tahu ummi suka akan puisi, jadi semalam sebelum tidur aku nukilkan sebuah puisi. Aku berdoa agar ummi faham hasrat hati aku.

   Aku pernah melafaz janji,
   Dalam baris-baris syahadah,
   Tanah sana menuntut bukti,
   Bagi yang mimpi akan hidup abadi,

   Diciptakan dari apa aku ini,
   Jika sentiasa mahu memegang dunia,
   Lalu melangkah senang ke dalam syurga,
   Tanpa tumpah setitik keringat,

   Aku berhenti sekejap melihat ummi. Bebola mata ummi semakin basah. Sumpah! Aku tak ada niat mahu buat ummi resah gelisah.

‘Along faham kenapa ummi tak bagi cakap pasal cinta selama ni, sebab ummi nak anak ummi cari seorang pencinta yang setia. Macam ummi. Along dah jumpa ummi. Along dah jumpa cinta hati along. Dia ada kat sana. ’ Aku berterus terang.

‘Nama dia Ainul Mardhiah..’

Ummi pun tersedar bila nama tu disebut.

   Janji tuhan kepada syahid,
   Bakal hidup bersama bidadari yang paling cantik,
   Lalu kerana janji itu,
   Beribu pemuda pada zaman Baginda menggengam tekad,
   Memburu cinta di medan pedang,

   Janji siapakah yang lebih tepat,
   Kalau bukan janji Pencipta bidadari..

“Barang siapa yang meninggal & belum berperang serta belum berniat untuk berperang, maka ia meninggal di atas cabang kemunafikan.”    

 [Hadis Shahih Riwayat Abu Daud]


p/s: Ainul Mardhiah merupakan bidadari yang dijanjikan Allah kepada para syuhada. Ketika zaman Baginda S.A.W, ramai pemuda bersemangat untuk keluar berperang apabila Baginda memberitahu perihal bidadari yang menunggu mereka jika syahid di medan perang. Wallahualam!






  

No comments:

Post a Comment